Teluk intan ialah sebuah bandar yang terletak di negeri Perak dan merupakan pusat pentadbiran di daerah hilir perak.
Bandar Teluk intan dikelilingi oleh aliran sungai perak dan sungai bidor.Bandar ini ialah antara yang terbesar di selatan perak berbanding Kampar,Tapah,Hutan Melintang dan Bagan Datoh.
Nama Teluk Mak Intan diambil daripada seorang janda yang mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan dan berasal daripada Mandahling ,Sumatera.Beliau ialah seorang peneroka yang telah membuka bandar Teluk Intan sekitar awal abad ke-19.
Pada 1 januari 1982 bandar ini telah bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.
MENARA CONDONG TELUK INTAN
Di Teluk Intan juga terdapat sebuah menara yang dipanggil menara condong yang menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak sekian lama.Reka bentuk yang condong itu mirip The Leaning Tower of Pisa di Itali.
Dibina pada tahun 1885 setinggi 25 meter yang mempunyai 110 anak tangga ,yang berusia lebih 100 tahun masih berdiri teguh walaupun kelihatan senget dan condong.
Dari luar menara ini kelihatan seolah -olah mempunyai 8 tingkat ,apabila masuk kedalam menara ini hanya 3 tingkat sahaja.Sebuah tangki yang terletak di tingkat 3 yang diperbuat daripada keluli setinggi 16 kaki.
Tangki air ini boleh memuatkan sejumlah 680 kaki isi padu air.Namun sekarang tangki air tersebut tidak lagi berfungsi.
Pengunjung diberi peluang untuk naik sampai ke tingkat atas menara ini dan boleh melihat sendiri tinggalan sejarah yang masih dipelihara hingga sekarang.
KEGUNAAN MENARA CONDONG
Struktur yang dibina beratus tahun lalu ini dikenali sebagai menara jam yang menjadi petunjuk waktu kepada penduduk di bandar Teluk Intan.Menara jam ini juga pernah menjadi penunjuk arah kepada laluan kapal ke bandar ini suatu masa dahulu.Menara ini juga berfungsi untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat kerana terdapat tangki air untuk kegunaan pada musim kemarau selain mempunyai kemudahan umtuk memadam api.
MALAM MINGGU TELUK INTAN
Disekitar dataran menara condong ini terdapat dataran berbatu bata lapang yang menjadi pilihan penduduk tempatan untuk berjalan-jalan pada waktu pagi,petang atau hari minggu.Terdapat banyak premis jualan makanan yang menarik di sekitar dataran menara condong ini.
Hari minggu sabtu dan ahad pula,suasana di sekitar dataran menara condong ini begitu meriah dengan kehadiran pengunjung yang datang untuk lepak .Selain itu,terdapat deretan kawasan pasar malam yang dibuka di kawasan berhampiran menara condong ini untuk menarik lebih ramai pengunjung melawat menara condong ini.
DAHULU
SEKARANG
TEMPAT MAKAN TELUK INTAN
1. MASTAN GHANI MEE REBUS
Restoran mastan ghani semestinya terkenal dengan mee rebus dan rojaknya.Sambutan yang hangat diterima membolehkan restoran ini membuka lebih banyak cawangan di teluk intan.
Alamat:jalan selat (berhampiran menara condong),taman indah,taman ros
2.GERAI CHAR SABAR MENUNGGU
Gerai char sabar menunggu ini popular dengan makanan mi kicap.Selain mi kicap mereka juga menghidangkan makanan seperti kuey tiaw sup,nasi goreng cina spesial dan mi kari yang tidak kurang hebatnya.
Alamat:NO.10 JALAN MAHKAMAH ,TELUK INTAN
3. APAM BALIK MALINDO
Jika anda berada di Teluk Intan ,anda patut cuba apam balik malindo ni.Ia gerai apam balik yang dibuka sejak tahun 1982 lagi oleh Encik Ashaari.Dua jenis apam balik yang dijual disitu iaitu tebal dan nipis yang lebih rangup.
Alamat:Dibelakang stesen minyak shell dan bersebelahan menara condong teluk intan.
No comments:
Post a Comment