TASIK TIMAH TASOH




   Assalamualaikum geng , ada cerita sikit nak cerita kat hampa, kalau ada yang tau ,tau lah boleh la sikit² nak cerita tu takpa kot nahh loghat orang kedah haha. Tempat ini tak banyak sangat orang tahu tapi yang paling best tempat ini sangat cantik.Tempat dia kat Perlis Pemandangannya memang cantik tambah² awal pagi dan dekat maghrib.Ada la jugak cerita seram seram kat tempat ini "hahaha" tapi takpa aku tak cerita lagi nantikan episodenya "hahaha" Tiberrr.




  Nama tempat ini ialah Tasik Timah Tasoh. Aku kerap jugak la pi Tasik tasoh ini, sebab mancing. Okey aq cerita pulak pasal background di Latar permandangan tasik ini, Bukit chabang dan banjaran nakawan dia punya view yang boleh kita nampak lah bila sampai,aku pon tak pasti sangat pasal bukit ini sebab dia sempadan dengan Thailand dengan Negeri perlis. Bukit ini pon orang² yang tinggal dekat tasik ini cerita.Asal dulu tasik ini dari dua buah sungai yang bertemu.SUNGAI TASOH DAN SUNGAI TIMAH. 





     Sungai ini diempangankan oleh orang dulu-dulu ,sehingga terbentuk tasik buatan.Lepas tu tasik yang mereka buat ini takdapat dikawal sehingga memakan kampung mereka sendiri.Air dari tasik tu jadi banyak sampai melimpah dan tak terkawal sampai menengelamkan seluruh perkampungan depa.Menurut cerita lagi, kampung yang tenggelam tu nama dia TASOH dan air menenggelamkan sekolah ,masjid ,segalanya lah. Tapi yang tinggal sekarang yang aq nampak ialah Tanah perkuburan.Boleh percaya ka?"hahahah".Kena pi dulu lah, seram lah jugak lah hati² la yerr "hahaha"Tiberr.okey baca lagi semua orang kat kampung tu terkorban dengan jasa mereka sendiri. Kampung tu menjadi nostalgia yang makin "hilang" .Tasik Timah tasoh ini menjadi 'Gudang' air kepada Negeri Perlis sekarang.Jadi sekarang ini dasarnya Tasik Timah Tasoh ni ada tapak perumahan,sekolah dan lain.Apabila air tasik ini kering boleh lah nampak tapak yang ada.







  Tasik ini best sekarang ,bagi pemancing.Ikan kat tasik ini sangat unik ikan iaitu ikan Peacock bass,yang asalnya ikan dari Amerika Selatan .Nanti hampa/korang boleh tengok gambar ikan tu dengan view tasik ini japp eh.









   New update Timah Tasoh 2021 geng, sudah lain tasik Timah Tasoh memang gempok geng, 






    


     Tempat ini sekarang menjadi tumpuan orang yang datang dari merata tempat.kerana mempunyi keunikan permandangan yang cantik dan tenang,sesuai untuk family,anak- anak dan orang ramai.






   

No comments:

Post a Comment

Vacation

 BLOG VACATION BOYS ,      Memberi pilihan tempat yang menarik untuk dikunjungi.Sudah pasti ada yang tahu ,tetapi anda tidak pernah kunjungi...